u owe me

Monday, December 26, 2011

sungai yang cantik

assalamualaikum. dalam post kali ni,aku nak ceritakan pengalaman aku sekeluarga yang paling latest sekali. pada hari isnin bertarikh 26.12.2011 , aku n family aku pergi kat satu sungai ni. kat ulu yam. aku pun tak pasti nama sungai tu. kali ni dah kali kedua aku pergi. masa kali pertama dulu aku pergi pada hari raya kedua kalau tak silap. dengan pakcik aku. tahun ni jugak lah. tempat ni memang best. air dia jernih. sungai dia lebar. memang selesalah kalau luangkan masa hujung2 minggu camni. tapi kena pergi pagilah. kalau pergi tengahari dah ramai orang. susah nak cari tempat. air sungai kali ni memang sejuk dan deras. kena hati2 sangat kalau nak naik turun sungai. spot kali ni pun bagus. spot yang sama kitorang dtg dulu. kitorang jek kat situ. tak kongsi dengan sapa2 pun. haha. bila sampai jek pagi semalam,aku nampak tempat tu kosong,terus aku berlari kat tempat tu. takut orang lain dapat. haha.
tempat ni selesalah katakan. so,kitorang pun pasang khemah,makan then,masuklah sungai tu. woahh!! memang sejuklah air dia.! peringatan untuk korang,hati2 bila kat sungai. kita tak tahu kalau apa2 jadi kan. terutama sekali bila ada budak kecik. huhu. jangan leka sangat dengan kecantikan dan keseronokan sampai lupa keselmatan diri. huhuh. deras sungguh air tadi. tapi ada jugak spot yang tak deras. so,kitorang berpaut lah kat spot yang tak deras tu. tapi sayangnya,tak dapat snap banyaklah. sibuk mandi. hehe.
ni baru lepas tukar baju. dah selesai mandi sume. habis pasir masuk dalam seluar. huhu.
ni nasi lemak yang kitorang makan for breakfast. =)

cantik kan. Ciptaan Allah. syukur =) tapi hati2 airnya deras.

ni masa kitorang nak menuju ke kereta. nak balik dah. barulah sempat nak snap. =)

ni mak,kakcik n baby. keliling memang hutan yang yang cantik. ciptaan Allah. =)

nilah snap terakhir kitorang sebelum berangkat pulang. disebabkan aku yang snap gambar ni,so,aku takde. oleh itu,aku selitkan senyuman aku yang manis kat sebelah ni. haha. harap2 korang tak demam sebab angau kat aku. hahaha. enjoy! jagalah sungai kita! =)

Friday, December 9, 2011

spm is over!!

assalamualaikum! yay! spm is finally over! >.< rasa macam tak percaya la pulak. rasa macam baru semalam jek aku baru daftr darjah satu. huhu. untuk mengabdikan memori masa sekolah buat kali terakhir,jomlah aku kupas satu-satu tentang setiap paper dalam setiap subjek yg aku jawab selama sebelas hari ni. bermula dengan bahasa malaysia.:
hari pertama jawab spm. selalunya bila pagi kita dah sampai kat sekolah,kebanyakkan pelajar akan masih memegang dan membaca buku macamlah diaorang tu tak pernah nak pegang buku. dan dalam masa beberapa minit tu juga lah diaorang nak berbincang dgn kwan2 yg lain. termasuklah aku pun. =,= sebernarnya,pada pagi tu,aku tak rasa segemuruh seperti yg sepatutnya. tak tau pasal apa kan. takunye cuma sikit jek. pagi tu pun aku tak baca buku macam yg aku salu buat. tapi bila dah masuk dewan,mula lah aku panik. aku takut sgt nak tulis pakai pen. so,bila aku mula mengarang,aku tulis pakai pensel. takut aku buat banyak salah nanti. at the end of the time,rupa2rupanya aku tak cukup masa. ada sebahagian karangan aku yang masih berpensel. tak sempat aku nak tulis balik pakai pen. huhu. cuak aku ni bukan main la. harap2lah masih a. huhu. doakan ye?

beralih kpd hari yang kedua,bahasa inggeris.:
bahasa inggeris pun samalah keadaannya macam bm tu. cumanya kali aku terus tulis pakai pen. dengan beraninya. hahaha. takut tak cukup masa pulak. tapi masih ada masalah juga. huhu. kali ni aku terlalu banyak idea nak tulis sampai tak ckup masa nak tulis sumenya. so,at the end,penutup aku kurang bagus. pada pendapat akulah. taktau la kalau pemeriksa tu kata ok. harap2lah ok. huhu. doakan ye?

seterusnya aku jawab paper sejarah pulak.:
terlalu desperate sangat nak kan a,aku pun bacalah buku dengan tekunnya(tak dalah tekun mana pun). bila pagi sebelum masuk dewan pun aku masih baca buku. haha. niatnya setiap pagi sebelum masuk dewan no buku. haha. tak tercapailah nampaknya. kertas satu agak tough. tapi yang paling aku takutkan kertas dua sebab kertas satu,bodoh2 pun boleh bantai lagi. bila kertas dua nak goreng yg susah tu. nak nak yg esei tu. huhu. tapi yang ajibnya,bila aku tgk soalan dia,banyak sangat soalan kbkk. huuh. tapi aku tak brani nak target tinggi sgt. huhuhu. berserah jek pada Allah. huhuhu. apa2pun aku boleh jawablah. Alhamdulillah..

hari yg seterusnya,mathemathics:
mathematics ni boleh tahan lah. walaupun ada beberapa yang pancit. but still ok. yang ni memang aku harap sangat2 dapat a. huhu doakan ye?

next subject on another day,pendidikan islam.:
agama pun ok gak. adalah spot yang aku dapat msuk dalam exam. sukalah aku.terutama sekali part esei yang sirah dan tokoh. haha. gembira tak terkata. apa2pun aku harapkan yang terbaik. kalau bab agama ni jangan dilupakan bila dah besar nanti. amalkan sampai bila2. i'Allah.. nak a yang ni. doakan ye?

habis je subjek teras,masuk plak subjek elektif...
aku mulakan dengan add maths.:
subjek ni memang tak terkata lah susahnya. huhu. tapi kali ni mmg aku jawab betul2. walaupun ada yang pancit,aku teruskan gak. huhu. dapat c pun dah bersyukur sangat2. huhu. doakan ye?

lepas tu. mulalah aku jadi saintis sekejap. start lah dengan physics.:
selalunye bio dulu. entah apa angin kpn tahun ni,diaorang tukar pula. tapi tak kisah lah. cuma jawab jek sedaya upaya. subjek yang satu ni aku dapat a- masa trial. tak tau lah spm ni mcm mana. cuma harap dapat buat yang terbaik lah. doakan ye?

kemudian,jawab pula chemistry.:
chem ni pula. so-so lah. tak berani nak ckap apa. dpt c pun ok dah aku ni. tak hebat mne pun. huhu. apa2pun doakan ye?

subjek science yang last sekali,biology.:
pada waktu nilah yang aku dan bdk2 kls aku dapat merasakan merdeka. haha. actually pra-merdeka baru. apa pun,kertas dua memang cekik darah. nyawa2 ikan aku dibuatnya. susah nak mampus! huhu. susah tak susah,aku gorenglah sampai hangit. huhu. harap2 isinya tak rentung. huhu. dapat c pun ok dah. huhu. doakan ye?

setelah sekian lama gap nya dengan subjek lain,maka jawablah aku paper geo (at last):
masa geo paper one,aku jawab dlm keadaan mamai. haha boleh caya tak? haha. bila ingat balik,rasa nyesal kot. huhu. takut banyak yang salah. apap2pun aku kena yakin dengan diri aku. i'Allah aku buat dengan baik. padanmuka aku. huhu. kertas dua tu aku tak cukup masa kot. huhu. rasa cuak pulak. takut tak dapat a. huhu. meraung aku. ish! padan lah muka aku sangat2. huhuhuhuh.apapun,doakan ye?

so,kesimpulannya,bila parents aku tanya,aku jawab ok jek. malas nak dengar komen diaorang. sekarang ni aku cuma harap doa korang sume n family aku. mungkin xkan dapat 10 a+. tapi,aku harap aku tak teruk sangat agar aku boleh buktikan pada semua org yang teruk mana pun keadaan aku,aku tetap boleh berjaya. i'Allah.