u owe me

Monday, December 26, 2011

sungai yang cantik

assalamualaikum. dalam post kali ni,aku nak ceritakan pengalaman aku sekeluarga yang paling latest sekali. pada hari isnin bertarikh 26.12.2011 , aku n family aku pergi kat satu sungai ni. kat ulu yam. aku pun tak pasti nama sungai tu. kali ni dah kali kedua aku pergi. masa kali pertama dulu aku pergi pada hari raya kedua kalau tak silap. dengan pakcik aku. tahun ni jugak lah. tempat ni memang best. air dia jernih. sungai dia lebar. memang selesalah kalau luangkan masa hujung2 minggu camni. tapi kena pergi pagilah. kalau pergi tengahari dah ramai orang. susah nak cari tempat. air sungai kali ni memang sejuk dan deras. kena hati2 sangat kalau nak naik turun sungai. spot kali ni pun bagus. spot yang sama kitorang dtg dulu. kitorang jek kat situ. tak kongsi dengan sapa2 pun. haha. bila sampai jek pagi semalam,aku nampak tempat tu kosong,terus aku berlari kat tempat tu. takut orang lain dapat. haha.
tempat ni selesalah katakan. so,kitorang pun pasang khemah,makan then,masuklah sungai tu. woahh!! memang sejuklah air dia.! peringatan untuk korang,hati2 bila kat sungai. kita tak tahu kalau apa2 jadi kan. terutama sekali bila ada budak kecik. huhu. jangan leka sangat dengan kecantikan dan keseronokan sampai lupa keselmatan diri. huhuh. deras sungguh air tadi. tapi ada jugak spot yang tak deras. so,kitorang berpaut lah kat spot yang tak deras tu. tapi sayangnya,tak dapat snap banyaklah. sibuk mandi. hehe.
ni baru lepas tukar baju. dah selesai mandi sume. habis pasir masuk dalam seluar. huhu.
ni nasi lemak yang kitorang makan for breakfast. =)

cantik kan. Ciptaan Allah. syukur =) tapi hati2 airnya deras.

ni masa kitorang nak menuju ke kereta. nak balik dah. barulah sempat nak snap. =)

ni mak,kakcik n baby. keliling memang hutan yang yang cantik. ciptaan Allah. =)

nilah snap terakhir kitorang sebelum berangkat pulang. disebabkan aku yang snap gambar ni,so,aku takde. oleh itu,aku selitkan senyuman aku yang manis kat sebelah ni. haha. harap2 korang tak demam sebab angau kat aku. hahaha. enjoy! jagalah sungai kita! =)

2 comments:

  1. de ja vu bak kata chik. tmpt sama, ahli keluarga yg sama. batu yg sama, pokok yg sama. bestnyaaa....

    ReplyDelete
  2. hahaha. dejavu "SANGAT"!! hahaha. aku ni bapak dejavu. hiks! =)

    ReplyDelete